fbpx
Now Reading
Posting Ibu Beri Bayangan Rumah Tangga Aliff Syukri Bermasalah ?

Posting Ibu Beri Bayangan Rumah Tangga Aliff Syukri Bermasalah ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengikut dunia hiburan pasti perasan yang kebelakangan ini semakin kurang cerita mengenai usahawan kosmetik Aliff Syukri di paparkan di portal-portal hiburan, malah tiada lagi kontroversi hangat yang dikaitkan dengannya.

Namun satu yang pasti Aliff Syukri dan isterinya Nur Shahida kebelakangan ini dilihat kurang memuat naik gamba bersama sebaliknya banyak memuat naik perkongsian luahan sedih seolah memberi gambaran yang hubungan mereka sedang dilanda masalah

Namun seperti mengiyakan segalanya, ibu Aliff Syukri, Bonda Rozita memuat naik posting di IG miliknya yang menguatkan lagi desas desus terbabit.

Bonda Rozita menuis yang Aliff kerap memarahi isterinya Datin Syahida kerana ‘banyak ragam’ dan tidak mahu turut serta dalam penggambaran ‘Oh Abang Kosmetik’ sedangkan isterinya kini sedang sarat hamil .

Bonda Rozita turut memberi pesanan kepada Aliff supaya cuba menghormati dan memahami keadaan isterinya lebih-lebih keadaannya yang sedang sarat. 

Dalam masa sama, dia turut menekankan yang dia sebagai ibu akan sentiasa menyokong segala perkara yang baik dan akan turut menentang segala perkara yang salah di sisi agama.

Apa-apa pun kami harap rumah tangga mereka baik-baik sahaja dan  mendoakan agar semuanya akan pulih seperti sediakala.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.