fbpx
Now Reading
Saya Tak Mudah Dipegang, Kami Masih Punya Had- Intan Najuwa

Saya Tak Mudah Dipegang, Kami Masih Punya Had- Intan Najuwa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kecoh di sosial media apabila gambar pelakon Intan Najuwa didukung oleh Idris Khan, isu itu menyebabkan mereka berdua teruk di kecam terutamanya pelakon wanita berkenaan.

Terbaru Intan Najuwa sekali lagi dikecam apabila gadis ini memuat naik sekeping gambar dia bersama Zul Ariffin bagi mempromosi drama terbaru mereka yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.  

Nak tahu kenapa?

Kerana gambar tu memperlihatkan Intan Najuwa dan Zul Ariffin sedang duduk sambil berpelukan di atas kapal. Susulan itu, ramai menyifatkan pelakon itu seolah-olah senang disentuh oleh mana-mana lelaki dan tidak menghormati tunangnya.

Dipetik dari Mstar , Intan Najuwa bagaimanapun menerangkan dia tiada langsung niat untuk menimbulkan kontroversi dan masih tahu menjaga batas sebagai tunangan orang. Dia turut menjelaskan gambar tersebut adalah untuk mempromosikan drama lakonannya bersama Zul Ariffin yang akan ditayangkan di tidak lama lagi.

“Saya tahu kerja saya macam mana, di sebalik penggambaran macam mana. Kami hanya memainkan watak masing-masing dan gambar yang dimuat naik adalah sebahagian daripada watak yang saya mainkan.

“Saya bukan nak cakap yang saya boleh dipegang-pegang oleh semua pelakon lelaki. Saya tahu limit saya macam mana. We still have the limit, we have the border” terangnya kepada portal berkenaan.

Intan bagaimapun tidak terkesan dengan kecaman netizen meskipun ada di antara mereka yang cuba melagakan-lagakan hubungan dia dengan tunangnya di ruangan komen.

“Semua yang saya lakukan telah mendapat persetujuan daripada semua pihak. Keluarga dan tunang saya okay. Yang menjadi masalah sekarang ni hanyalah komen-komen netizen yang cuba melaga-lagakan hubungan saya dan tunang,” katanya

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.