Now Reading
Wanita Tercantik Di Dunia Milik Bella Hadid

Wanita Tercantik Di Dunia Milik Bella Hadid

https://www.instagram.com/p/B3rqUrAn4v8/https://www.instagram.com/p/B3t58pCHg_a/

Satu kajian ‘sains’ yang dilakukan oleh Greek Golden Ratio of Beauty Phi telah menobatkan supermodel Bella Hadid sebagai wanita tercantik di dunia.

Apa yang menariknya mengenai kajian tersebut ialah wajah Bella Hadid mencapai hampir 94.35 peratus tahap kesempurnaan Golden Ratio, menjadikan selebriti berkenaan paling hampir dengan “idea kesempurnaan Greek purba”

Dapatan ini sebenarya merupakan sebahagian daripada kajian yang dilakukan oleh pakar bedah plastik Dr Julian De Silva yang membuat penilaian khusus pada wajah beberapa selebriti terkenal dunia .

Hasil dari kajian De Silva juga menempatkan Beyonce (92.4%) di tempat kedua diikuti bekas isteri Johnye Depp iaitu Amber Heard di tempat ke -3 (91.85%). Ariana Grande pula di tempat ke 4 91.81% diikuti Taylor Swift, (91.64% ) dan model British Kate Moss.

De Silva menerangkan The Golden Ratio merupakan persamaan matematik  yang dicipta oleh orang Greek bagi menilai kecantikan wajah seseorang.  Persamaan itu mula digunakan sejak zaman kebangkitan Eropah di mana artis menggunakan ratio daripada kaedah persamaaan matematik sebagai sejenis bantuan dalam menghasilkan karya mereka.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.