fbpx
Now Reading
“Anak Hang Anak Sah Taraf Ke?”- Rita Rudaini Bakal Saman Netizen Fitnah Sah Taraf Anak

“Anak Hang Anak Sah Taraf Ke?”- Rita Rudaini Bakal Saman Netizen Fitnah Sah Taraf Anak

Sebelum ini kita kecoh dunia hiburan apabila pelakon Jasmin Hamid mengambil tindakan terhadap beberapa orang netizen disebabkan kelancangan mereka menghina anaknya, terbaru Rita Rudiani turut membuat laporan polis terhadapat seorang lelaki yang difahamkan meninggalkan komen berbaur fitnah kepada nya

Dipetik dari mStar, Rita membuat laporan berkenaan susulan komen individu berkenaan yang menyoalkan status sah taraf anak-anaknya; satu tindakan yang amat melampau turut Rita.

“Laporan dibuat terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan memfitnah taraf anak saya. Ia keterlaluan dan melampau.

See Also

“Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.

“Saya mengambil langkah sama seperti Jasmin Hamid lakukan sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku,” katanya kepada portal berkenaan. Difahamkan Rita dan peguam memberikan tempoh selama 14 hari kepada individu terbabit untuk tampil membuat permohonan maaf, atau bakal berdepan tindakan undang-undang.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.