
Aishah Azman Kini Bahagia Selepas Putus Tunang Dengan Syafie Naswip
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pengikut dunia hiburan pasti tahu mengenai hubungan pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman yang telahpun berakhir baru-baru ini. Kisah mereka putus tunang terus menjadi hangat selepas Syafie ditahan atas dakwaan memukul bekas tunangnya itu sehingga akaun Instagram Syafie ‘diserang’ netizen yang ingin mengetahui kesahihan disebalik isu tersebut
Baca artikel berkaitan: Aishah Azman Halang Hubungan Syafie dan Adik Angkat Punca Putus Tunang
Terbaru, selepas hampir 3 bulan menamatkan ikatan pertunangan, Aishah Azman yang ditemui portal mStar mendedahkan yang hidupnya kini lebih bahagia.

Menurut gadis tersebut, dia kini sudah melupakan segala apa yang terjadi dan lansung tidak mahu mengenang kembali pengalaman hitan yang dilaluinya dulu. Malah kontroversi konflik dengan bekas tunangya lansung tidak memberikan impak pada kerjaya seninya
“Alhamdulillah saya sangat gembira, kehidupan lebih baik, rasa lebih lega. Orang pun dah kurang bertanya tentang kisah putus tunang tu dan saya sendiri dah tak nak layan perasan-perasaan tu,” kata Aishah kepada portal berkenaan.
Bersyukur dengan sokongan yang diberikan keluarga sewaktu menghadapi kemelut tempoh hari, Aishah bagaimapun menafikan yang kontroversi itu menaikkan namanya sehingga lebih mendapat banyak tawaran berlakon

“Alhamdulillah keluarga saya memberi dorongan dan sokongan yang sangat baik pada diri saya dan tidak pernah putus membantunya.
“Tawaran berlakon yang saya terima bukan disebabkan kes tersebut, malah tawaran diberikan sebelum kejadian itu,” katanya.