fbpx
Now Reading
Loket Bertulis Jawi Emma Maembong Jadi Punca Perbalahan Peminat Di IG

Loket Bertulis Jawi Emma Maembong Jadi Punca Perbalahan Peminat Di IG

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak menanggalkan hijab, apa sahaja perkembangan baru Emma Maembong terutamanya di media sosial pasti menjadi perhatian netizen. Walaupun ada yang kelihatan memberikan sokongan moral kepada pelakon cantik berkenaan, dengan harapan dia akan kembali berhijab suatu hari nanti, namun ada juga segelintir netizen yang bagai tidak berpuas hati dengan tindakannya lantas meninggalkan komen berunsur kecaman.

Terbaru perkongsian Emma di akaun Instagramnya telah menarik perhatian ramai namun kali ini bukan lagi mengenai isu hijab sebaliknya mengenai seutas loket yang bertulis namanya ‘Fatimah’ didalam tulisan jawi.

Menurut peminat berkenaan, gambar itu kelihatan tidak manis dan boleh menimbulkan salah faham buat peminat non muslim yang akan terkeliru dan mengaitkannya dengan kalimah Al Quran memandangkan Emma tidak menutup aurat.

Selain itu ada juga netizen  yang berpendapat bahawa tulisan jawi tidak boleh dijadikan sebagai perhiasan. Ada juga yang mengecam dengan menyatakan Emma seharusnya memilih menutup aurat berbanding memakai rantai yang ditulis dengan tulisan jawi.

Ini menyebabkan beberapa peminat yang lainnya mula menyerang peminat berkenaan dengan menyatakan jawi hanyalah satu tulisan. Tidak kurang juga yang menerangkan masyarakat arab sendiri  yang terdiri dari berbilang agama seperti islam dan kristian turut bertutur menggunakan bahasa arab malah menggunakan tulisan arab di mana-mana sahaja hatta sehingga ke dalam tandas.

Apa-apa pun isu ini tidak perlu diperbesarkan, setiap manusia ada pendapat masing-masing, walau niat peminat tadi baik, namun bila berkaitan agama rujuklah pada yang pakar terlebih dahulu sebelum mengeluarkan pandangan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.