
Aliff Syukri Minta Followers Beri Cadangan Nama Anak ke 5
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Aliff Syukri, usahawan komestik terkenal yang juga anak kepada Bonda Rozita, pengasas produk kecantikan ,Sendayu Tinggi. Malah apa sahaja yang di muat naik nya di media sosial pasti mendapat perhatian masyarakat.

Terbaru Aliff Syukri meluahkan rasa gementar untuk menyambut kelahiran anak yang kelima tidak lama lagi.
Dalam masa sama dia turut berasa keliru dan meminta cadangan pengikutnya tentang pemilihan nama yang sesuai untuk anaknya itu.

“Korang rasa dalam perut isteri abang ini baby girl or baby
boy.. cuba teka?
“Kalau dapat baby girl..apa nama yang paling sedap dan yang paling sesuai?
Tapi kalau dapat baby boy pula apa nama yang sesuai nak bagi, abang keliru lah.
“Nama yang korang cadangkan paling unik dan istimewa mungkin abang akan
ambil untuk abang gunakan sebagai nama anak yang dalam kandungan ini.
“Kalau boleh abang nak cari nama yang baik dan memberi makna yang bagus dalam islam” tulisnya yang turut berkongsi fotonya memegang perut isteri Datin Seri Shahida yang sedang sarat mengandung 8 bulan.