fbpx
Now Reading
Banyak Habiskan Masa Melancong, Nazim Othman Selesa Menduda dan Tidak Fikir Soal Jodoh

Banyak Habiskan Masa Melancong, Nazim Othman Selesa Menduda dan Tidak Fikir Soal Jodoh

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 35, menjelaskan dia lebih selesa berstatus duda kerana selesa dengan keadaannya sekarang.

Dipetik dari Mstar, pelakon kacak berkenaan berkata, dia masih belum ada perancangan untuk mencari jodoh meskipun bekas isterinya Bella Dally kini sudah mendirikan rumahtangga bersama suami baru.

“Jika ada masa saya akan bercuti ke luar negara, jadi saya tiada masa untuk memikirkan soal jodoh. Tambahan lagi saya langsung tidak memberi fokus untuk mencari pasangan, saya bahagia dengan kehidupan sekarang.

“Namun , saya sendiri tak boleh nak komen sampai bila situasi ini akan berlanjutan, sejujurnya saya tidak pernah ada calon pengganti sejak bercerai Mei tahun lalu, skandal pun tak ada, kata Nazim kepada portal mStar.

Selepas penceraiannya, dia akui sudah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta lain. Dia juga menjelaskan sering pergi bercuti atas dasar minatnya bukan kerana jiwa kacau yang didakwa oleh netizen.

 “Awal-awalnya memang kita tutup. Tutup terus, kunci kita buang. Saya suka bercuti sejak usia 19 tahun. Tiada istilah travel sebab jiwa kacau. Saya memang suka travel.

“Sekarang saya solo, bila-bila ada ruang, saya akan berjalan. Banyak lagi tempat saya tak explore dan banyak negara saya tak pergi,” katanya.

https://www.instagram.com/p/B1v1J80AeIJ/

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.