fbpx
Now Reading
Pakai Kopiah Tapi Kesian Tak Ada Adab, Angkuh” – Tiz Zaqyah Bengang Dengan Jiran Penting Diri

Pakai Kopiah Tapi Kesian Tak Ada Adab, Angkuh” – Tiz Zaqyah Bengang Dengan Jiran Penting Diri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hidup berjiran memerlukan kita bertolak ansur sesama sendiri , memandangkan mereka orang terdekat selain dari keluarga dan rakan kita, mana lah tahu suatu hari nanti kita memerlukan bantuan antara satu sama lain .

Namun tak semua orang faham adab berjiran, lagi-lagi di zaman dunia serba moden yang mana segelintir masyarakat banyak mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira perasaan orang lain.

Terbaru menerusi Insta Story, pelakon Tiz Zaqyah meluahkan rasa geramnya dengan seorang jirannya yang didakwa begitu angkuh malah mementingkan diri sendiri.

Difahamkan Tiz yang baru berpindah masuk ke rumah barunya menghadapi masalah dengan jiran yang kerap memarkir kereta mereka di hadapan rumah pelakon cantik berkenaan.

Malah dia juga menghadapi masalah untuk memindah barang masuk sewaktu hari pertama berpindah ke sana gara-gara kereta berkenaan menghalang laluan mereka malah lori mengangkut barang.

Yang lebih membakar perasaan Tiz apabila bapanya cuba menegur jiran berkenaan mengenai isu terbabit, namun jirannya itu membalas tegurannya dengan nada angkuh.

Apa-apa pun diharap kita semua lebih peka dengan keadaan sekeliling lagi-lagi kepentingan adab berjiran amat penting dan dititikberatkan dalam semua agama terutamanya agama islam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.