fbpx
Now Reading
Aliff Aziz Sudah Dibebaskan, Ibunya Berterima Kasih Kepada Semua Yang Mendoakan

Aliff Aziz Sudah Dibebaskan, Ibunya Berterima Kasih Kepada Semua Yang Mendoakan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh dunia hiburan sejak semalam ekoran tularnya video memperlihatkan Aliff Aziz sedang bergelut dengan beberapa orang anggota polis di sebuah jalan popular di Singapura.

Polis Singapura kemudiannya mengesahkan penangkapan berkenaan dan menyatakan pelakon terbabit di tahan  kerana bergaduh dan melakukan kekacauan di tempat awam dalam keadaaan mulutnya berbau alkohol.

Baca artikel berkaitan : Aliff Aziz Ditahan Polis Kerana Bergaduh Ketika Mabuk

Namun hari ini, dipercayai Aliff telah pun dibebaskan selepas ibu kepada pelakon berkenaan memuat naik perkongsian di Instagramnya menjelaskan keadaan Aliff kini bertambah baik. Dia turut memberitahu apa yang terjadi kepada anaknya itu ada sebab tertentu

“Kepada yang bertanya mengenai anak saya, alhamdulillah berkat daripada doa orang ramai, dia okey. Selepas berjumpa anaknya malam tadi, Insya-Allah dia bertambah baik.

“Saya percaya setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada sebabnya dan Allah saja yang tahu. Dengan rasa rendah hati, saya ingin berterima kasih atas setiap doa anda. Ia sangat berharga,” katanya.

Video yang tular itu mengejutkan orang ramai malah ramai yang ingin tahu kisah sebenar di sebalik kejadian tersebut lebih-lebih lagi Aliff dilihat menjerit-jerit memberitahu bapanya yang sedang berada di talian bahawa dia dipukul orang sewaktu dalam pergelutan dengan anggota polis tebabit.

Tonton video tersebut di bawah:

Aliff Aziz ditahan polis Singapura…

Aliff Aziz ditahan polis Singapura…???? berita penuh : http://bit.ly/2K4HtRa

Posted by Hoi Media on Sunday, 10 November 2019

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.