fbpx
Now Reading
Sharifah Sakinah Respon Netizen Kecam Dia Bawa Anak Tahfiz Menonton Wayang

Sharifah Sakinah Respon Netizen Kecam Dia Bawa Anak Tahfiz Menonton Wayang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umat islam baru sahaja menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW pada sabtu yang lalu,  dan menjadi rutin tahunan bagi kita untuk menyambutnya dengan menyertai perarakan dan ceramah yang diadakan oleh banyak persatuan dan kumpulan-kumpulan agama.

Lain pula bagi Sharifah Shakinah apabila pelakon tersebut membawa sekumpulan anak-anak tahfiz menonton wayang filem seram, Pusaka bersama dengannya. Selain dari itu pelakon wanita terbabit turut membawa kumpulan pelajar berkenaan menikmati makanan segera

Menurut pelakon berkenaan, filem itu merupakan filem yang bagus kerana ia mengingatkan umat islam tentang kebesaran Allah

“Salam Maulidur Rasul. Hari ini saya habiskan masa dengan membawa pelajar tahfiz menonton filem Pusaka.

“Ia filem yang bagus yang mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT, iman kita serta djin yang tidak boleh dilihat. Ia mempunyai tema yang menarik antara keimanan dan balas dendam. Kedengaran menarik, kan?

“Saya sangat berbangga dapat membawa mereka menyokong sebuah filem tempatan yang diarahkan oleh pengarah hebat, Razaisyam.

Perkongsian itu mendapat maklumbalas yang positif dari pengikutnya, malah ada juga yang memuji tindakannya melayani serta menjamu mereka makan. Namun demikian masih ada segelintir netizen yang dilihat kurang bersetuju dengan tindakan Sakinah lebih-lebih mereka adalah pelajar tahfiz malah harinya juga pada hari sambutan maulidur rasul.

Tidak kurang juga yang memberi pendapat banyak lagi aktiviti yang boleh menggambarkan kebesaran Allah selain dari membawa mereka menonton wayang.

Sharifah Sakinah kemudiannya tidak mendiamkan diri dengan memuat naik status di IG Storynya membalas kritikan netizen-netizen terhadapnya dengan menyatakan dia bukan membawa mereka menonton filem lucah sehingga perlu dikecam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.