fbpx
Now Reading
‘Status Saya Janda Anak Satu Boleh Ke Terima’ – Siti Nordiana

‘Status Saya Janda Anak Satu Boleh Ke Terima’ – Siti Nordiana

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggemar dunia hiburan pasti pernah terdengar gosip mengenai penyanyi Siti Nordiana dan Khai Bahar. Ramai peminat yang merestuinya walau ada sedikit yang tidak bersetuju, namun pasangan ini yang kerap digandingkan bersama tidak pernah menjawab ya atau pun tidak tentang gosip tersebut.

Dipetik dari Metro, Siti Nordiana sewaktu dihubungi portal berkenaan mengenai isu terbabit berkata dia sebenarnya bukan tidak mahu berkahwin lagi, tapi dia lebih memikirikan tentang pandangan dan penerimaan keluarga bakal mertua terhadap statusnya membuatkannya sedikit gusar dan berat hati.

“Selain penerimaan anak tunggal saya, apa yang selalu difikirkan jika nak berkahwin baru ialah status diri sebagai janda anak satu.

“Sejujurnya, bolehkah keluarga lelaki yang sukakan saya itu terutama ibu bapanya terima status janda anak satu yang saya galas selama ini,” katanya kepada portal berkenaan .

Siti Nordiana yang pernah kecundang dalam alam rumahtangga berkata cinta dan suka sama suka sahaja tidak cukup kuat dalam perkahwinan,  sebaliknya penerimaan keluarga juga begitu penting dalam sesebuah perkahwinan.

“Restu ibu bapa dalam perkahwinan sangat penting. Apatah lagi, untuk saya yang pernah gagal dalam perkahwinan yang lalu.

“Saling mencintai dan menerima di antara saya dengan bakal pasangan sahaja tidak cukup untuk kami layak membina rumah tangga,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.