fbpx
Now Reading
[Review] Wira, Filem Aksi Tanpa Henti Yang Patut Anda Tonton

[Review] Wira, Filem Aksi Tanpa Henti Yang Patut Anda Tonton

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi peminat filem aksi, bersiap sedia kerana Wira, sebuah filem aksi tanpa henti ala-ala The Raid bakal menemui anda pada  21 November 2019 ini. Filem ini diarahkan oleh pengarah berbakat Adrian Teh dan mengunakan ramai tenaga kerja yang sama dengan filem Paskal.

Sinopsis

Filem ini mengisahkan Hassan (Hairul Azreen), seorang bekas pegawai tentera yang pulang ke pangkuan keluarga  demi menyelesaikan hutang adiknya, Zain (Fify Azmi) pada Raja (Dain Said).

Raja bersetuju untuk melupakan hutang tersebut dengan syarat Zain perlu bertarung sekali lagi dengan dengan Vee (Ismi Melinda) tapi kali ini disertai Hassan  dan juga adik lelaki Vee, Rayyan (Josiah Hogan) dalam pertarungan 2 lawan 2.

Disinilah mulanya perang di antara dua pihak.

Review

Sepanjang hampir dua jam menonton, penulis lansung tidak merasa bosan dengan dialog dan plot penceritaan. 10 min pertama sudah cukup untuk membuatkan penulis terfikir “ Maaf tiada masa untuk ke tandas!”

Salah satu faktornya mungkin kerana filem ini penuh dengan aksi pertarungan yang mendebarkan. Selain itu ia juga sarat dengan mesej kekeluargaan, kasih sayang, penyesalan dan jati diri. Scene cintan cintun? Lupakanlah! Tak perlu pun untuk cerita sebegini.

Pemilihan Hairul sebagai watak utama lelaki dalam cerita ini pada pandangan penulis adalah satu keputusan yang amat tepat malah dapat dilihat jiwanya begitu serasi dengan genre filem sebegini. Boleh dikatakan Hairul adalah Hassan dan Hassan adalah Hairul.

Keputusan memilih Fify Azmi, juga dilihat satu tindakan bijak walaupun kami difahamkan ini adalah filem pertama lakonannya, namun Fify membalas kepercayaan Adrian dengan memberikan lakonan yang jitu terutamanya bila membabitkan scene berlawan. Dia juga berjaya menjiwai watak seorang adik yang ‘rebel’ dan degil selepas sekian lama berjauhan dengan abangnya.

Plot twist Wira nya juga agak menarik ,cuma kalau diberikan masa yang lebih lama mungkin ianya lagi senang difahami.

Suntingan dan Sinematopografi dalam filem Wira juga memang tip top. Pada pandangan penulis, ianya sangat membantu memberi mood sewaktu menonton dan menghayati jalan cerita filem ini.

Scene pertarungan juga bukan calang-calang.  Koreografi aksi dan lagak ngeri boleh dikatakan antara yang terbaik dikalangan  filem aksi tempatan malah setanding filem Hollywood. Terima kasih kepada Yayan yang juga pengarah koreografi filem ini!

Salah satu scene pertarungan dalam filem Wira

Namun dari pendengaran penulis, sound fx yang digunakan terutamanya semasa scene pertarungan agak kedengaraan fake dan kurang ciri organik. ini antara kelemahan yang paling ketara yang mengurangkan sedikit mutu filem ini.

Apa yang pasti filem Wira bakal mengangkat setapak lagi standard filem aksi tempatan!

Positif

  1. Sinematoporafi dan suntingan yang memang cantik!
  2. Background music dan filler yang memang bersesuaian.
  3. Scene fighting yang memang tak perlu disangkal hebatnya!
  4. Lakonan juga menarik terutama Fify Azmi yang baru pertama kali berlakon
  5. Tiada subplot yang mengarut yang tiada kaitan dengan cerita
  6. Mereka janjikan aksi tanpa henti, mereke beri aksi tanpa henti!

Negatif

  1. Gaya percayakapan Henley Hii dalam beberapa scene agak tidak sesuai, rasanya takde orang yang bercakap sebegitu di dunia nyata
  2. Efek bunyi terutama masa scene berlawan kedengaran fake.
  3. Cubaan memasukkan elemen lawak yang boleh dikatakan kebanyakannya tidak menjadi.

Rating penuh: 8/10

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.