fbpx
Now Reading
Anak Jerit Panggil ‘Daddy’ Suami Lufya Tak Endahkan?

Anak Jerit Panggil ‘Daddy’ Suami Lufya Tak Endahkan?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemelut rumahtangga Lufya Omar nampaknya semakin berpanjangan, semalam,suaminya Dr Che Muhammad Hafiz enggan menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari sedangkan sebelum ini Che pernah mengeluarkan kenyataan yang dia sudah menceraikan Lufya melalui Whatsapp.

Namun menjadi buah mulut netizen hari ini apabila sebuah video yang dikongsikan portal mStar melihatkan anak mereka, Lana Hauraa menjerit-menjerit
memanggil Che Hafiz.

Baca artikel berkaitan : Lufya Omar Keliru Suami Enggan Bercerai

Jelas pada video itu yang Lana meraung memanggil bapanya dengan panggil ‘Daddy’ beberapa kali namun Che dilihat langsung tidak menghiraukan panggilan anaknya dan terus melangkah pergi menyebabkan Lufya terpaksa menarik anaknya masuk kedalam.

Suami Lufya turut dilihat memasang bodyguard sewaktu ke mahkamah. Mereka berdua diperintahkan untuk melantik jawatankuasa pendamai berhubung keengganan Che melepaskan Lufya.

Video ini mengundang sebak netizen, ada juga yang mengecam kelakuan Che Hafiz dan mendakwa lelaki itu pentingkan diri sendiri dan tidak berhati perut.

Ada juga yang membandingkan dengan pelakon Aliff Aziz yang walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi namun tetap memeluk malah mencium anaknya selepas selesai prosiding mahkamah.

Apa-apa pun kami harapkan pasangan ini dapat menyelesaikan masalah mereka dengan baik demi anak mereka yang masih kecil.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.