fbpx
Now Reading
Aliff Aziz Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh, Tuduhan Ketiga Dalam 3 Bulan

Aliff Aziz Didakwa Berkelakuan Tidak Senonoh, Tuduhan Ketiga Dalam 3 Bulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama penyanyi dan pelakon Aliff Aziz tidak berhenti menjadi bualan orang ramai minggu lalu selepas dikatakan ditahan selepas bergaduh dengan seorang lelaki. Rentetan dari kes tersebut. Aliff Aziz telah didakwa di mahkamah atas satu pertuduhan baru iaitu berkelakuan tidak senonoh.

Dipetik dari mStar yang memetik Berita MediaCorp Singapura, penyanyi itu didakwa menjerit dan membuat gerak isyarat menggunakan jarinya secara terlampau di sebuah banggunan iaitu Orchard Towers, Singapura pada jam 6:25 pagi 10 November lalu.

Terdahulu tular dua video yang melihatkan Aliff bergelut dengan beberapa orang anggota polis untuk ditahan selepas bergaduh dengan seorang lelaki.

Kedengaran juga Aliff berteriak meminta bantuan bapanya yang sedang berada di hujung talian sewaktu penahanan Alif.

Bagi kesalahan ini, sekiranya Aliff didapati bersalah dia boleh didenda sehingga S$2000 (6,100) atau penjara tidak melebihi tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali,

Sebagai rekod ini merupakah tuduhan ketiga penyanyi ini selepas dia berdepan dua tuduhan mencuri iaitu kes pertama dituduh mencuri wang milik pelakon dan ahli politik Indonesia, Raja Yunika Perdhana Putri, dan kes kedua : mencuri sekotak rokok serta pemetik api di Starbucks Plaza Singapura.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.