fbpx
Now Reading
Kisah Hidup Hampir Sama, Ammar Alfian Sentiasa Sokong Sharnaaz

Kisah Hidup Hampir Sama, Ammar Alfian Sentiasa Sokong Sharnaaz

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mula bersahabat semenjak tahun 2008 selepas ditemukan dalam drama Tari Tirana, Ammar Alfian baru-baru ini melalui perkongsian di Instagramnya memuat naik gambar dirinya bersama Sharnaaz Ahmad dan dalam masa sama mengimbau kembali zaman perkenalan mereka.

Dia dalam masa turut menjelaskan dia dan Sharnaaz sedang menghadapi situasi yang hampir sama dalam kehidupan mereka, seakan merujuk kepada kemelut  rumah tangga yang sedang menimpa keduanya bersama pasangan masing-masing.

“Kami mula berkenalan pada 2008 dan membawa watak sebagai kawan baik dalam Tari Tirana. Kemudiannya menjadi sahabat (di dunia sebenar)

“Kami telah merasai jatuh bangun dalam industri, di buang dan dipergunakan namun kami kami masih berdiri, masih disini. Kedua kami juga menghadapi kemelut yang sama dalam kehidupan peribadi.

Namun Allah tahu kami adalah pejuang dan  juga seorang yang kuat bertahan. Dia tahu kami boleh menerima kesakitan ujian ini

“Aku sentiasa di belakang kau, sama seperti kau di belakang aku. Goodluck untuk filem baru. Kita akan bertemu di Jeb The Movie dan Paskal 2 selepas selesai filem baru kau. Mari tunjukkan siapa kita” tulis Amar sebagai kapsyen nya.

Terdahulu, Ammar dan isterinya Nelissa Neezam tidak lagi tinggal sebumbung semenjak Mei manakala kes cerai Sharnaaz dan Noor Nabila masih lagi sedang berlangsung.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.