fbpx
Now Reading
Linda Rafar Suka Perut Suami Buncit, Halang Suami Berdiet

Linda Rafar Suka Perut Suami Buncit, Halang Suami Berdiet

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B5GyGaKHdbb/

Lama tak dengar mengenai penyanyi Linda Rafar dan suaminya pelakon Syed Aiman. Pasangan yang telah berkahwin hampir 13 tahun ini harini menjadi sebutan gara-gara perkongsian Linda Rafar yang memberitahu yang dia lebih sukakan Syed Aiman terus kekal berperut buncit dan melarang suaminya untuk berdiet.

Menerusi video posting yang dimuat naik Linda di Instagramnya, penyanyi kumpulan Elite itu berseloroh  sambil memegang perut suaminya yang difaham kan sedang menjaga diet memberitahu yang dia lebih gemar jika suaminya buncit

Linda dalam masa turut bertanya pada semua pengikut-pengikut wanita nya jenis lelaki pilihan mereka samaada yang berperut ‘comel’ atau jenis slim.

Perkongsian Linda itu mendapat perhatian netizen yang terhibur dengan gurauan pasangan berkenaan. Ramai juga yang menyokong mengakui lebih sukakan suami mereka mempunyai perut ‘comel’ sebegitu.

Namun dalam masa ada juga yang turut berpendapat suami yang lebih menjaga badan lebih sedap dipandang.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.