fbpx
Now Reading
“Jangan Bunuh Bakat Kami” – Edika Yusof Komen Isu Mekap Pelakon Muda Jadi Tua

“Jangan Bunuh Bakat Kami” – Edika Yusof Komen Isu Mekap Pelakon Muda Jadi Tua

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B5KG9kwnXkW/

Rasanya peminat dunia hiburan pasti tau isu yang sedang hangat diperkatakan di media sosial iaitu isu tidak meletak mekap pelakon muda agar kelihatan seperti orang tua dalam sebuah drama atau telefilem yang disarankan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)

Tujuannya utamanya adalah untuk menjaga hak dan kebajikan pelakon-pelakon senior di negara kita, namun perkara ini mendapat bantahan dari banyak pihak antaranya pengarah terkenal Micheal Ang.

Terbaru pelakon senior kacak, Edika Yusof turut mengeluarkan pendapatnya di Instagram  yang pelakon senior walaupun sudah berumur namun mereka masih tetap berbakat dalam dunia lakonan.

Menurut pelakon berusia 52 tahun itu lagi, pelakon senior  juga mempunya bakat-bakat lain seperti seni bela diri, menari dan tidak kurang juga yang pandai melakukan stunt.

Edika dalam masa sama berharap pelakon senior sentiasa diberi peluang walapun kehadiran pelakon baru makin hari makin ramai di dalam industri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.