fbpx
Now Reading
Baru Bergelar Pelakon, Haneesya Hanee Bakal Bergelar Penyanyi Pula

Baru Bergelar Pelakon, Haneesya Hanee Bakal Bergelar Penyanyi Pula

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama Haneesya Hanee dilihat semakin reda dari sebarang gosip hangat kebelakangan ini, sebaliknya yang keluar hanyalah perkembangan terbaru gadis ini dalam industri hiburan. Satu perkembangan yang agak positif.

Jika sebelum ini kita mendapat perkhabaran yang Haneesya mula menceburi bidang lakonan, terbaru model ini difahamkan akan terjun ke dalam dalam bidang nyanyian pula.

Ya Haneesya Hanee bakal bergelar penyanyi !

Dipetik dari portal Kopi Planet, Haneesya pada mulanya agak kurang yakin namun mendapat dorongan dari band yang bakal berkolaborasi dengannya menyebabkan gadis ini bersetuju. Dia juga mengharapkan percubaannya untuk menjadi penyanyi mendapat respon yang positif dari peminat

“Saya akan tampil dengan lagu duet kolaborasi bersama sebuah band. Buat masa ini, saya tidak boleh kongsikan nama band ini, tunggu sahaja single kami yang akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

“Pada awalnya memang saya tidak yakin untuk menyanyi, namun kumpulan ini beri galakan. Malah, mereka kata lagu ini dihasilkan kerana mereka mendapat inspirasi daripada kisah jatuh bangun saya dalam industri.

“Yang penting lagu yang bakal keluar ini, kami tidak memerli mana-mana pihak termasuk satu kumpulan lain. Bagi saya dalam mencari rezeki, kita janganlah gunakan kejatuhan seseorang sebagai sumber rezeki kita sebab tidak tahu keberkatan rezeki kita jika kita berbuat demikian,” katanya kepada portal berkenaan.

Haneeysa ditemui media dalam satu majlis pengenalan barisan peserta Miss Pink Lady Asia (MPLA) musim ke 2 yang diadakan di Forrest Valley Hall baru-baru ini.

Haneesya dan dua lagi model iaitu Adeline Lim dan Elysha Arnold akan mewakili Malaysia bersaing dengan peserta dari Indonesiam Thailand, Myanmar, Korea Selatan, Singapura, Hong Kong, dan India.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.