fbpx
Now Reading
Farid Kamil Di Penjara 9 Bulan Selepas Gagal Rayuan

Farid Kamil Di Penjara 9 Bulan Selepas Gagal Rayuan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengarah dan pelakon terkenal, Farid Kamil terpaksa merengkok di dalam penjara selama 9 bulan semenjak khamis lalu selepas rayuannya untuk mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan di tolak Mahkamah Tinggi Shah Alam

Suami kepada pelakon Diana Danielle ini dijatuhkan hukumanan penjara selepas disabitkan dengan kesalahan dadah.

Berita Harian melaporkan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Nazneen Zulkifli, berkata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman, dalam penghakimannya menolak rayuan tertuduh, sebaliknya mengekalkan keputusan dibuat Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Mei lalu.

“Hukuman penjara terhadap tertuduh berkuat kuasa sejak Khamis minggu lalu,” katanya kepada portal berkenaan sebentar tadi.

Mei lalu, Farid Kamil atau nama sebenarnya Datuk Farid Kamil Zahari, dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham selepas disabitkan dengan kesalahan mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Farid Kamil yang ketika di prosiding memilih untuk berdiam diri selepas diperintahkan membela diri bagaimapun memfail permohohan rayuan selepas 35 hari menjalani hukuman di penjara Kajang menyebebabkan Hakim Mahkamah Tinggi Ab Karim membenarkan penangguhan hukuman terbabit .

Mengikut pertuduhan, Farid didakwa menggunakan dadah pada jam 4.30 petang di Pejabat Narkotik Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling Jaya, pada 11 Januari 2018. Ekoran dari itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.