fbpx
Now Reading
Netizen Persoal Aliff Syukri & Shahida Tak Beri Hadiah Untuk Ameena

Netizen Persoal Aliff Syukri & Shahida Tak Beri Hadiah Untuk Ameena

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau anda pengikut IG suami isteri usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida pasti anda perasan yang mereka baru-baru ini telah mengadakan sambutan hari lahir untuk tiga anak mereka iaitu Qadeejah Ibrahim dan Ameena.

Shahida turut berkongsikan video di sekitar sambutan majlis di mana Aliff dilihat sedang memberikan hadiah hari lahir buat Ammar, Baem dan Cess, namun tiada untuk Ameena. Ekora dari itu ramai yang mempersoalkan tindakan pasangan ini.

Berang dengan soalan itu, Shahida pantas menjelaskan di IG Story nya di mana Ameeena masih terlalu kecil malahan ketiga-tiga anaknya yang lain baru merasa menerima hadiah apabila umur mereka sudah mencecah 8 tahun.

Shahida dalam masa sama turut menjelaskan yang Yusof juga tidak mendapat hadiah pada majlis hari jadi nya yang lalu. Shahida juga mengambil kesempatan itu untuk bertanya kepada netizen adakah dia perlu melayan Ameena lebih dari anak sendiri untuk memuaskan hati mereka.

Tambah shahida lagi, orang ramai seharusnya kasihan pada kanak-kanak di Syria yang hidup lebih susah serba serbi berbanding Ameena yang cukup semuanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.