fbpx
Now Reading
“Sekarang Dah Jadi Bubur”- Tony Eusoff Mohon Maaf Terlalu Lantang Tempoh Hari

“Sekarang Dah Jadi Bubur”- Tony Eusoff Mohon Maaf Terlalu Lantang Tempoh Hari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh apabila pelakon berbakat Tony Eusoff meluahkan rasa geramnya di Twitter gara-gara mendapat tawaran untuk berlakon namun dengan bayaran yang agak rendah. Perkongsian nya turut mendapat respon dari selebriti dan media yang kebanyakannya bersimpati dan bersetuju dengan keadaan yang selalu menimpa anak-anak seni.

Baca artikel berkaitan : Dah Nak 2020 Tapi Bajet Masih Puaka

Namun terkenal sebagai seorang yang ‘Cool’, Tony Eusoff beberapa hari yang lalu telah memuat naik permohonan maaf atas keterlajurannya meluahkan perasaan di media sosial

Menggunakan platform yang sama, Tonymengakui lontaran luahan hati yang agak beremosi yang dibuatnyat tempoh hari dalam keadaan tergesa-gesa dan tidak berfikir panjang.

Tony turut menjelaskan yang dia  langsung tidak berniat untuk mencemarkan nama baik mana-mana pihak dan mengakui tindakannya agak salah kerana menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

Perkongsian Tony sekali lagi mendapat perhatian masyarakat dan rakan artis , malah penyanyi Adibah Noor turut mengeluarkan pendapat yang perkongsian Tony itu berasas dan dia sendiri merasainya dan ramai yang turut merasakan Tony berhak menyuarakan rasa hatinya

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.