fbpx
Now Reading
Aeril Zafril dan Wawa Zainal Sudah Miliki Wisma Sendiri

Aeril Zafril dan Wawa Zainal Sudah Miliki Wisma Sendiri

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan selebriti terkenal Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sebelum ini dilaporkan telah menjadi jutawan hasil dari usaha keras mereka dalam perniagaan kosmetik di fahamkan telah maju selangkah lagi  kehadapan.

Baca article berkaitan : Aeril & Wawa Kini Bergelar Jutawan

Terbaru impian mereka untuk mempunyai wisma sendiri sebagai tempatpusat operasi perniagaan akhirnya berjaya direalisasikan.

Apa yang menariknya Aeril melalui Instagramnya turut berkongsikan pengalaman mereka sewaktu di  awal perniagaan dimana semuanya hanya bermula dari rumah sahaja dan tanpa pekerja.

Aeril turut meluahkan rasa syukur di atas kemurahan rezeki yang kurniakan kepadanya serta tidak menyangka bahawa syarikat mereka kini semakin berkembang dengan mempunyai seramai 20 orang pekerja serta 1,000 penjual yang membantu memasarkan produk mereka.

Dilihat ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya termasuk rakan selebriti mengucapkan tahniah serta mendoakan agar perniagaan pasangan itu akan terus maju serta dalam masa sama mengembangkan lagi empayar perniagaan mereka.

Buzzkini mengucapkan tahniah buat Aeril dan Wawa. Diharap kisah pasangan ini dapat dijadikan inspirasi buat mereka diluar sana untuk berjaya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.