fbpx
Now Reading
‘Dah tua, tak laratlah nak gaduh-gaduh’- Lisdawaty & Rita Rudaini Berdamai

‘Dah tua, tak laratlah nak gaduh-gaduh’- Lisdawaty & Rita Rudaini Berdamai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Peminat dunia hiburan pasti masih ingat kontroversi di antara Rita Rudaini dan Lisdawaty yang bergelut sehingga ke dalam kolam renang yang menyebabkan hubungan mereka berdua menjadi renggang hampir 13 tahun.

Terbaru dipetik dari BH Online, kedua mereka tidak lagi menyimpan dendam malah sedia digandingkan dalam produksi drama ataupun filem. Lisdawaty berkata dia dan Rita juga sudah tidak mahu lagi menenang kontroversi memalukan itu memandangkan usia yang sudah pun meningkat.

“Saya hanya mahu memandang ke hadapan. Tiada orang yang tidak mahu berubah. Lagipun, bukan sahaja umur meningkat, anak pun sudah bertambah. Tidak elok sekiranya kami terus bermasam muka.

“Selepas insiden itu, saya mengaku beberapa kali bermimpi yang positif mengenai Rita. Saya anggap mungkin Allah hendak tunjukkan sesuatu kepada saya.

“Kami sudah semakin berusia, tak laratlah hendak bergaduh. Lagipun industri ini kecil, jika ada yang cuba ‘mencucuk’ itu terpulanglah kepada mereka,” katanya kepada portal berkenaan.

Pergeseran antara dua selebriti ini sewaktu penggambaran drama arahan Rashid Sibir berjudul Kau Ku Sayang kira-kira 13 tahun lalu itu dipercayai ada kaitan dengan suami Lisda, Fauzi Nawawi

Rita pula menerangkan yang mereka sebenarnya sudah lama bertegur sapa namun tidak berpeluang untuk berborak panjang malah difahamkan Rita, Lisdawaty dan Fauzy, masing-masing kini tidak kisah lagi digandingkan bersama.

“Setakat ini, kami belum pernah mendapat tawaran berlakon bersama. Sekiranya ada tawaran, kami tiada masalah digandingkan bertiga dalam sebuah produksi.

“Kami sudah lama bertegur sapa, cuma tiada kesempatan untuk berbual panjang. Kiranya, pada hari ini, barulah kami berkesempatan bertanya khabar dan perkembangan diri masing-masing”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.