Eizlan Bakal Berkahwin Gadis Serani 29 Tahun

Akhirnya ura-ura mengenai pelakon dan ahli perniagaan Dato Seri Eizlan Yusof terjawab apabila dia mengumumkan bakal bernikah dengan wanita pilihan hatinya, Natasha Rosa Boudville, seorang gadis mualaf berketurunan serani.

Dipetik dari Metro, pengumuman itu dibuat Eizlan dalam majlis sidang media yang berlangsung di Bora Ombak, Putrajaya petang semalam. Eizlan bagaimapun belum bersedia mempamerkan wajah bakal isterinya buat sementara ini

Eizlan dalam masa turut mendedahkan majlis perkahwinannya dengan Natasha yang berumur 29 tahun itu tu akan berlangsung selama empat hari hasil bantuan dan tajaan rakan terdekat.

“Asalnya kami mahu buat majlis dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat. Apabila jumpa beberapa kawan sebelum ini, mereka sendiri mahu masuk tajaan dan saya bersyukur ada rakan yang prihatin.

“Saya cuma uruskan soal hantaran dan urusan yang wajib. Tapi merekalah berusaha menguruskan persiapan lain yang besar termasuklah keseluruhan perjalanan majlis,” katanya di sidang media tersebut.

Dia juga mengakui jumlah sebenar kos perkahwinannya itu lansung tidak diketahuinya sehingga kini

Eizlan bakal kahwini gadis serani , Natasha

“Mengenai kos saya sendiri tidak tahu disebabkan rakan rahsiakan daripada jumlah itu. Tidak pasti kalau cecah RM2 juta seperti khabar angin yang tersebar,” katanya.

Laporan dari Rotikaya pula menyatakan yang Eizalan telah mengenali Natasha melalui seorang kenalan hampir 4 tahun lalu dan berkeputusan melamarnya 3 bulan lepas.

“Kami berkenalan sejak empat tahun lalu menerusi seorang kenalan. Saya sangat menyenangi sifat lucu yang dimilikinya selain kami mempunyai hobi yang sama iaitu menyelam.

“Saya melamarnya tiga bulan lalu dan orang pertama yang saya minta kebenaran ialah daripada ketiga-tiga anak saya.

“Anak-anak semua menyenangi Auntie Chacha dan dia pun sangat prihatin dan menyayangi anak-anak saya. Mereka melompat kegembiraan bila tahu saya nak kahwin semula.

“Dia sudah memeluk Islam pada Ogos tahun lalu dan secara spontan sahaja saya melamarnya pada bulan September lalu,” katanya kepada portal hiburan berkenaan

Terdahulu, Eizlan yang berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 sah bercerai talak satu pada Februari 2015 lalu.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

1 hour ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Remaja Tular Bakar Anak Kucing Hidup-hidup Sudah Ditahan Polis

Sebelum ini, rakaman CCTV kejadian di Flat Kenari, Kajang itu tular di media sosial hingga…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Enggan Pergi Kelas Mengaji, Remaja Reka Cerita Dirinya Diculik

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, hasil soal siasat dan rakaman percakapan mangsa, saksi dan…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Akhyar Rashid Cedera Dipercayai Disamun Di Kuala Terengganu [Video]

Pemain Terengganu FC (TFC) itu juga didakwa kehilangan telefon bimbit dan dompetnya kerana dilarikan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

20 hours ago