fbpx
Now Reading
Beby Maembong Kerap Di Ejek Gemuk Dahulu

Beby Maembong Kerap Di Ejek Gemuk Dahulu

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B5mzZpcnDhR/

Rasanya semua orang tahu yang pelakon Emma Maembong mempunyai seorang kakak, Beby Maembong yang bukan sahaja cantik malah bentuk badannya turut menjadi idaman setiap wanita. Dia juga diberi jolokan Mermaid Malaysia kerana kerap bergambar mengenakan

Baru-baru ini Beby, yang merupakan seorang usahawan produk kecantikan telah berkongsi pengalaman sedih suatu masa dahulu ketika saiz badannya yang agak besar dan berisi.

“Di Malaysia, anda digelar hodoh jika anda memiliki bentuk badan yang gemuk. Itu tahap pemikiran yang begitu teruk sekali, sedangkan semua wanita mempunyai kecantikan tersendiri”

Katanya lagi, keadaan itu bukan sahaja telah menyebabkan dia hilang keyakinan diri malahan dicengkam rasa tertekan

“Disebabkan itu juga lah dulu saya dibuli, perkara itu betul-betul memberi kesan kepada mental dan menjatuhkan keyakinan diri saya.

“Saya selalu menangis dan berkurung, elak bergambar dan berjumpa orang sebab saya rasa hodoh,” tulisnya sebagai kapsyen.

Beby atau nama betulnya, Nurulaini Ismail turut berkongsikan beberapa slaid gambar berupa video tekad untuk berubah dan menurunkan berat badannya.

“Tetapi semuanya berubah! saya dah bertarung untuk siapa diri saya hari ini, saya buat perubahan kerana saya tahu saya mampu lakukan, saya mahu jadi cantik,” tambahnya lagi.

Boleh dilihat gambar-gambar tersebut begitu berbeza dengan keadaan dirinya sekarang dimana difahamkan berat Beby ketika itu mencecah 70 kg berbanding 52 kilogram.

Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Beby, rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan turut bersemangat untuk menurunkan berat badan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.