fbpx
Now Reading
Doa Dimakbulkan, Fazura Dapat Banyak Tawaran Berlakon Watak Diinginkan,

Doa Dimakbulkan, Fazura Dapat Banyak Tawaran Berlakon Watak Diinginkan,

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan yang pelakon Nur Fazura telah membuat satu kenyataan bahawa dia rela tidak berlakon sekiranya drama dan watak yang diberikan masih stereotype dan di takuk lama

Baca artikel berkaitan : Fazura Rela Tak Berlakon Jika Drama Masih Di Takuk Lama

Terbaru memetik dari Gempak, Fazura dikatakan gembira kerana banyak menerima tawaran lakonan yang bersesuaian dengan kehendaknya.

Sama seperti kenyataannya sebelum ini, dia mahukan sesuatu yang berbeza dan mencabar dirinya sebagai seorang pelakon. Malah kredibiliti Fazura memegang watak utama dalam filem Dendam Pontianak baru-baru ini mendapat pujian banyak pihak.

“Alhamdulillah, saya menerima banyak tawaran lakonan yang bersesuaian dengan kehendak saya sekarang.

“Sebelum ini, saya memang memperlahankan kerjaya lakonan kerana memilih watak, kebanyakkan tawaran yang diterima dahulu melibatkan watak wanita yang ditindas, saya tidak mahu lagi melakonkan watak sebegitu.

Fazura Dendam Pontianak
Fazura Dalam Dendam Pontianak

“Saya mahu lakukan sesuatu yang berbeza dan mencabar kebolehan saya sebagai seorang pelakon” kata Fazura kepada portal berkenaan.

Tambah Fazura lagi, dia begitu bersyukur kerana Tuhan telah memakbulkan doanya yang sentiasa berharap ditawarkan watak seperti yang dia kehendaki.

“Saya kerap berdoa kepada Tuhan agar mendapat tawaran lakonan yang bersesuaian, Alhamdulillah, tuhan telah makbulkan permintaan saya, sekarang tawaran datang sehingga tak terkawal pula!” katanya lagi dengan nada bergurau.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.