fbpx
Now Reading
Neelofa Tinggalkan Meletop

Neelofa Tinggalkan Meletop

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siaran langsung rancangan MeleTOP harini benar-benar mengejutkan semua pihak termasuk peminat Neelofa apabila Neelofa membuat pengumuman secara lansung  akan meninggalkan rancangan hiburan tersebut pada hujung bulan Disember ini.

Menurut Neelofa atau nama betulnya Neelofa Mohd Noor, keputusan itu sangat sukar untuk dibuat memandangkan dia sudah lama dan serasi dengan program berkenaan, tapi dia terpaksa mengoranbankannya dalam merencana kareer seninya.

Dia turut menangis sewaktu membuat pengumuman tersebut malah keputusan Neelofa untuk mengumumkan pengunduran dirinya lansung tidak diketahui pasangannya, Nabil Ahmad yang juga pelawak popular.

“Dengan hati yang sangat berat, ini adalah bulan terakhir saya akan bersama dengan MeleTOP. Terima kasih untuk segalanya dan memberi kepercayaan kepada saya selama ini.

“Bagi saya MeleTOP adalah sebahagian daripada hidup saya. Amat berat untuk saya tetapi saya perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lain,” umum Neelofa.

Neelofa Tinggalkan MeleTOP
Neelofa Tinggalkan Meletop

Mengulas lebih lanjut pengundurannya, pengacara berusia 30 tahun berkata keputusan itu di buat demi mencuba sesuatu yang baru dimana dia bakal tampil dengan program baharu di bawah Astro.

“Banyak perkara yang saya rancangkan untuk tahun 2020 dan salah satunya saya akan tampil dengan program baharu.

“Memang berat untuk saya tinggalkan MeleTOP kerana program ini melihat bagaimana kerjaya saya berkembang, bagaimana saya dan Nabil kembangkan program ini bersama. Tapi saya tak boleh buat semua dan terlalu selesa dengan apa yang saya buat kini,” jelasnya.

Neelofa dan Nabil mula mengendalikan program MeleTOP 7 tahun lalu iaitu pada 30 Oktober 2012 dan sudah bersiaran sebanyak 370 episod. Sepanjang bersama mengendalikan rancangan hiburan tersebut mereka berdua dilihat cukup serasi dan saling melengkapi.

Mengenai pengganti Neelofa, pihak Astro hanya akan membuat pengumuman Januari nanti.

Saksikan video di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.