fbpx
Now Reading
Marvel Keluarkan Teaser Trailer Black Widow Buat Ramai Tak Sabar (VIDEO)

Marvel Keluarkan Teaser Trailer Black Widow Buat Ramai Tak Sabar (VIDEO)

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Demam Avengers: Endgame sudah pun habis, namun peminat Marvel sudahpun tidak sabar menunggu dua lagi filem superhero terbitan Marvel Studios yang bakal dikeluarkan pada 2020 di antaranya Black Widow.

Kelihatan macam agak lambat dikeluarkan bukan? Selepas kematian Black Widow di Avengers: Endgame . Namun filem prekuel bagi Infinity War dan merupakan filem pertama Marvel Cinematic Universe bagi Fasa 4 ini tetap menarik perhatian peminat Marvel terutamanya peminat Black Widow sendiri yang ingin mengetahui sejarah dan kisah siapa sebenarnya Super hero ini.

Kredit : Marvel Studios

Terbaru, Marvel Studios melalui akaun Youtube rasmi mereka telah pun mengeluarkan teaser trailer bagi filem ini. Wah mesti best kan?

Sama seperti francaise filem MCU yang lain, watak Black Widow akan dibawa oleh Scarlett Johansson sebagai peneraju utama serta dibantu oleh barisan pelakon-pelakon hebat seperti Florence Pugh (Yelena Belova), David Harbour (Red Guardian), dan OT Fagbenle (Rick Mason).

Black widow vs Black widow ? Kredit : Marvel Studios

Selain itu filem ini juga akan menampilkan hero kegemaran ramai iaitu Robert Downey Jr sebagai Tony Stark / Iron Man

Apa kata tonton teaser trailer Black Widow di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.