fbpx
Now Reading
K-Clique Paling Banyak Distrim, Kalahkan FT dan Siti

K-Clique Paling Banyak Distrim, Kalahkan FT dan Siti

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dah nak sampai hujung tahun, jadi seperti kebiasaannya aplikasi Spotify melalui Spotify Wrapped akan mengeluarkan senarai lagu terbaik dan yang paling popular bagi sepanjang tahun bagi setiap negara dan secara global.

Yang mengejutkan tahun ini, kumpulan Rap yang sedang meningkat naik, K-Clique telah diumumkan sebagai artis tempatan yang paling banyak distrim bagi sepanjang tahun 2019.

K-Clique dengan lagu Sah Tu Satu meninggalkan dua penyanyi lagenda tempatan di belakangnya iaitu Faizal Tahir (Ragaman) di tempat kedua dan penyanyi no 1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza (Anta Permana) di tempat ketiga.

Sonaone( PUN BOLEH) dan kumpulan Insomniacks (Pulang – Piano Version) melengkapkan senarai top 5 dengan masing masing di tempat keempat dan kelima.

Senarai Top 7 Artis Paling Banyak Distrim Foto : Spotify

Tempat keenam diduduki oleh Hafiz Suif ( Bahagiamu Deritaku) manakala Yuna (Tiada Akhir) ketujuh paling banyak distrim bagi artis tempatan.

Bagi yang berminat untuk mengetahui senarai -senarai utama lain boleh lihat di bawah :

Artis Paling Banyak Distrim (Keseluruhan) Di Dunia

  1. Post Malone
  2. Billie Eilish
  3. Ariana Grande
  4. Ed Sheeran
  5. Bad Bunny

Artis Paling Banyak Distrim (Keseluruhan) di Malaysia

  1. BTS
  2. Ariana Grande
  3. Khalid
  4. Ed Sheeran
  5. Post Malone

Artis Lelaki Paling Banyak Distrim

  1. Khalid
  2. Ed Sheeran
  3. Post Malone
  4. Shawn Mendes
  5. Alan Walker

Artis Wanita Paling Banyak Distrim

  1. Ariana Grande
  2. Taylor Swift
  3. Billie Eilish
  4. Camila Cabello
  5. Halsey

Kumpulan Paling Banyak Distrim

  1. BTS
  2. BLACKPINK
  3. Maroon 5
  4. Twice
  5. 5 Seconds of Summer

Statistik penstriman peribadi bagi setiap pengguna pula akan dikeluarkan pada hujung minggu ini. Jadi bagi anda yang menggunakan Spotify dan ingin menyemak lagu yang paling kerap anda strimkan bolehlah ke Spotify Wrapped.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.