Now Reading
“Ahmad Idham Mohon Kontrak Dipendekkan” – Hans Isaac

“Ahmad Idham Mohon Kontrak Dipendekkan” – Hans Isaac

Kecoh industri perfileman apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan tempoh khidmat Ahmad Idhman selaku CEO dipendekkan sehingga 10 Mac tahun depan.

Finas dalam satu kenyataannya berkata, Ahmad Idham memohon untuk memendekkan tempoh perkhidmatan itu atas sebab tertentu.

Terbaru Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac menafikan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan dia mahu mengawal agensi terbabit selepas timbul suara yang menyatakan Ahmad Idham Ahmad Nadzri digantung.

Dipetik dari Harian Metro, Hans menjelaskan dia tidak memiliki sebarang masalah bersama Ahmad Idham termasuk dakwaan yang mengaitkan dirinya mahukan kuasa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas.

“Dua minggu lalu, Ahmad Idham memohon perkhidmatannya dipendekkan biarpun jawatan itu sah sehingga 10 Mei 2021. Kami tidak memaksa atau menekan tetapi dia mahu berkhidmat selama setahun,” kata kepada portal berkenaan.

Hans jelaskan tidak mempunyai sebarang masalah dengan Ahmad Idham Kredit : IG Hans

“Antara alasan yang diberikan Ahmad Idham adalah masalah peribadi dan keputusan dibuat selepas perbincangan diadakan.

“Buat masa ini dia masih Ketua Pegawai Eksekutif Finas dan kami melaksanakan tugas mengikut akta sedia ada dalam Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya.

Sumber Foto : Rohaizat Md Darus/The Star

Menurut Hans, dakwaan berhubung penggantungan tugas itu timbul mungkin kerana beberapa kenyataan yang dikeluarkan Ahmad Idham sebelum ini.

Mengenai penggantinya pula Hans berkata beberapa nama sedang dikenal pasti dengan Finas memberi peluang kepada semua pihak untuk menjawatnya.

Hans turut meminta orang ramai terutamanya .mereka di dalam industri untuk tidak menuding jari kepada pihaknya kononnya tidak memperjuangkan industri kreatif dan hiburan

“Kami bukan Superman. Selain isu Perkeso dan KWSP, kami sedang memperjuangkan duti hiburan, bajet terbaru tahun hadapan selain beberapa perancangan lain,” katanya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.