fbpx
Now Reading
“Berkat Bumi Madinah, Saya Namakan Dia…” – Fakhrul Namakan Anak Sahabat Nabi

“Berkat Bumi Madinah, Saya Namakan Dia…” – Fakhrul Namakan Anak Sahabat Nabi

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B5zC_6ChfgG/

Fakhrul UNIC yang kini sedang mengerjakan umrah bersama ahli kumpulan UNIC yang lain memperkenalkan nama bayi lelakinya kepada umum. 

Fakhrul atau nama sebenarnya Fakhrul Radhi Khamarudin, memilih nama sahabat Rasulullah buat anak ketiganya sempena berkat berada di bumi Madinah.

Nama yang berikan ialah Muhammad Ayyash Bin Fakhrul Radhi sempena nama sahabat Nabi SAW iaitu Ayyash Bin Abu Rabiah ( Ayyash Ibni Abi Rabiah )

“Action kameee, baby zaman skrg mana layan bedung2 kan?

“Bismillah, harini baby dah cukup 7 hari..sian, 3 hari dah kena tinggai hihi. Sunnah bagi nama dah kalau ikut Abang Muqri dia suruh letak CR 7 . 

“Berkat bumi madinah, saya namakan dia ‘Muhammad Ayyash Bin Fakhrul Radhi ‘ sempena nama sahabat Nabi SAW  عيّاش بن أبي ربيعة . 

“Nanti korang carilah kisah hebat dia. Doakan Ayyash jadi anak soleh ok. Hadiah jangan lupa,” tulisnya.

Di jengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Fakhrul atas kelahiran cahaya mata barunya.

Penyanyi kumpulan nasyid ini mendirikan rumah tanga dengan Siti Syahirah Sohimi, 34, dan sebelum in telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Muqri, 8 dan Waffa Illiyyin, 6.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.