Now Reading
Ini Senarai 4 Protege Yang Ke Final Mentor Milenia 2019

Ini Senarai 4 Protege Yang Ke Final Mentor Milenia 2019

Kalau anda perasan sebelum ini kami ada kongsikan video mengenai seorang lelaki yang membawa lagu Ayda Jebat, Temberang versi Rock yang memang power!

Lelaki berkenaan adalah Apex Tajudin , protege Hazama untuk rancangan Mentor Milenia 2019. Seperti ramalan kami dan ramalan orang ramai, Apex Tajudin mara ke final Mentor Milenia 2019 bersama 3 lagi protege.

Artikel berkaitan : Lelaki Ini Nyanyi Lagu Temberang Versi Rock Yang Awesome!

3 lagi protege yang mara ke pentas akhir adalah Daus Husny ( Ernie Zakry), Rika Riana (Stacy Anam) dan Aedy Kama (Black) . Ini bermakna perjalanan 3 lagi protege untuk ke final terkandas iaitu Arayn Male (Hazama) , Sharee Lopes (Akim) dan Yazrul Arep (Ernie)

Debaran makin terasa kan? Agak-agak siapa bakal menjuarai pentas Mentor Milenia 2019 sekali gus membawa pulang wang tunai RM 100,000 berserta trofi dan berpeluang menghasilkan single ciptaan Faizal Tahir.

Adakah Apex? Adakah Daus? Atau mungkin Rika ? atau Aedy ? Sama-sama kita nantikan konsert akhir Mentor Milenia 2019 pada ahad ini 15 Disember 2019, 9 Malam di TV3!

Tahniah buat mereka yang ke Final dan buat mereka yang tersingkir , perjalanan seni anda baru sahaja bermula.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.