fbpx
Now Reading
“Sepanjang Dua Tahun Bercinta, Kami Tak Pernah Bergaduh” -Hafreez Adam dan Zara Zya Retak?

“Sepanjang Dua Tahun Bercinta, Kami Tak Pernah Bergaduh” -Hafreez Adam dan Zara Zya Retak?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru dua bulan melangsungkan pertunangan, timbul suara-suara yang menyatakan hubungan selebriti Hafreez Adam dan Zara Zya dikatakan sedang dilanda badai. Malah dikhabarkan Hafreez tidak lagi mengikuti Zara di Instagram.

Dipetik dari Harian Metro, Hafreez mengakui hubungan mereka menang sedang dilanda dugaan, namun mereka berdua sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi menangani masalah tersebut.

“Saya akui hubungan kami sedang dilanda dugaan, namun saya yakin sudah cukup matang untuk mengawal situasi ini. Saya sedang berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk situasi yang berlaku antara kami,” kata Hafreez

Hafreez yang dihubungi portal berkenaan bagaimanapun menekankan tiada istilah sudah putus tunang sebaliknya keputusan untuk tidak lagi mengikuti Zara di IG dibuat bagi memastikan dirinya tidak membaca sebarang cerita negatif di platform media sosial berkenaan.

Zara Zya dan Hafreez Adam
Foto : IG Zara Zya

“Instagram adalah tempat saya berkongsi hal berkaitan kerjaya. Tambahan pula saya bukanlah seorang yang suka memuat naik hal peribadi sesuka hati.

“Jadi, bagi mengelakkan banyak masalah dan cerita-cerita kurang enak, saya nekad untuk ‘unfollow’ Zara di Instagram dan tidak membaca sebarang cerita negatif mengenainya di Instagram. Saya bimbang andai hubungan kami dilanda masalah, ada pihak cuba menokok tambah cerita,” katanya.

Hafreez turut menjelaskan mereka berdua tidak pernah bergaduh sebelum menjalinkan pertunangan.

Hafreez menganggap semua ini hanya dugaan bertunang Foto: IG Hafreez

“Sepanjang dua tahun bercinta, kami tak pernah bergaduh. Hubungan berjalan dengan baik saja. Namun selepas bertunang, perkara lain pula terjadi.

“Saya kesal apabila ada pihak cuba menyebarkan cerita negatif mengenai kami. Bagaimanapun, saya enggan ambil serius dan menganggap perkara ini sebagai dugaan orang bertunang.

Kami di Buzzkini mengharapkan hubungan pasangan ini kekal utuh sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya sampai ke Jannah. Biasala ujian orang bertunangkan?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.