fbpx

Zul Ariffin Tutup Akaun IG, Video Lucah Miripnya Tular

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika ditanya siapakah aktor Malaysia yang paling tampan, pasti antara nama yang akan keluar adalah Zul Ariffin. Lengkap dengan pakej sebagai lelaki ‘idaman’ sebagai pengarah, lakonannya juga mantap dan begitu bersahaja.

Namun namanya hari ini menjadi sebutan ramai apabila sebuah klip video yang memaparkan seorang lelaki yang boleh dikatakan mirip Zul Ariffin tular di Internet sejak awal pagi tadi.

Dalam video berdurasi 45 saat itu, lelaki berkenaan dilihat sedang bersandar di atas katil sambil merokok sebelum mula mengalihkan pandangan kamera dari bahagian muka ke arah alat sulitnya.

Besar kemungkinan didalam bilik hotel, lelaki juga dipercayai sedang berinteraksi dengan satu lagi individu lain menerusi panggilan video.

Susulan dari tularnya video berkenaan, pelbagai spekulasi timbul malah ramai peminat dan netizen yang terkejut dengan video berkenaan mula menyerang akaun Instagram Zul untuk mendapatkan penjelasan.

Bagaimanapun Zul didapati telah menyahaktif akaun miliknya. Sebelum ini pada 2018 akaun IG Zul telah didogam. Disebabkan kejadian tersebut,  telah tersebar gambar kemaluan yang sehingga kini masih tidak diketahui siapakah pemilik sebenarnya

Hentikan sebarang spekulasi dan tunggu sahaja apa kenyataan dari tuan badan tentang video ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.