Now Reading
Eizlan Yusof dan Natasha Rosa Selamat Disatukan

Eizlan Yusof dan Natasha Rosa Selamat Disatukan

Datuk Seri Eizlan Yusof 48, akhirnya selamat disatukan bersama Natasha Rosa Boudville, 29, dengan sekali lafaz dalam majlis penuh istiadat yang cukup meriah di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya, tepat jam 3.28 petang tadi.

Yang menariknya Eizlan dan isteri dinikahkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Persekutuan, Kolonel Bersekutu (PA) Tuan Haji Mohd Ajib Ismail disaksikan hampir 100 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan para pegawai tetap serta bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Natasha Rosa yang baru memeluk Islam pada Ogos tahun lalu, dihadiahkan mas kahwin sebanyak RM80 berserta sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran sebanayak RM12,121.90. Dia turut menerima lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Majlis resepsi mereka pula akan diadakan di Ballroom, Boraombak Marina Putrajaya, jam 8.30 malam esok.

Selamat pengantin baru buat Eizlan dan isteri dari kami di Buzzkini!

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.