Now Reading
“Sudah Lah Ini Sudah Melampau” – Intan Najuwa Bengang Netizen Ganggu Tunangnya

“Sudah Lah Ini Sudah Melampau” – Intan Najuwa Bengang Netizen Ganggu Tunangnya

Sebelum ini hubungan Intan Najuwa dan tunangnya Razrul Anwar dikatakan sedang diuji badai apabila Intan dilihat tidak lagi mengikuti tunangnya di IG, malahan foto mereka bersama turut dibuang oleh Intan.

Razrul bagaimanpun menafikan dakwaan tersebut ketika ditanya malah usahawan itu turut mengatakan yang hubungan mereka masih baik seperti biasa. Kisah itu kemudiannya reda begitu sahaja.

Terbaru Intan melalui IG Stories dikatakan meluahkan rasa bengangnya terhadap segelintir netizen yang masih cuba untuk memporak-porandakan hubungannya mereka

Dalam coretan panjang lebar itu, dia berkata yang hubungan mereka baik-baik sahaja. Namun, sikap netizen agak melampaui batas sehingga langsung tidak menjaga perasaannya .

Turut Intan lagi, dengan mendiamkan diri sebelum ini tidak bermakna orang luar boleh berkata sesuka hati. Malah mereka masih terus membuka mulut walaupun dia sudah memuat naik foto bersama tunangnya baru-baru ini.

See Also

Terdahulu, foto mesra Intan dan Zul Ariffin mandi di laut hangat diperkatakan. Orang ramai menyifatkan aksi itu keterlaluan lebih-lebih lagi dengan status Intan yang baru sahaja bertunang.

Lebih mencetuskan kontroversi apabila pengarah drama tersebut, Osman Ali menegaskan aksi mesra dalam foto berkenaan tiada dalam drama dan bukan untuk tujuan promosi

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.