fbpx
Now Reading
Haneesya Hanee Kini Seorang Rapper

Haneesya Hanee Kini Seorang Rapper

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B5wghIOFg2e/https://www.instagram.com/p/Bwokenplk6S/

Model dan pelakon, Haneesya Hanee kini menceburi bidang nyanyian dengan menjadi seorang penyanyi rap apabila berkolaborasi dengan Band Bimasakti menerusi lagu Mengejar Mimpi.

Dipetik dari Metro, Haneesya menjadikan rapper luar negara iaitu Nicki Minaj dan Cardi B serta Mimi Fly dari kumpulan One Nation Emcees sebagai sumber inspirasinya dalam dunia hiphop

“Saya sendiri tak pernah terfikir akan menjadi penyanyi rap. Rujukan dan inspirasi saya ialah Nicki Minaj, Cardi B dan Mimifly yang memang hebat dalam lagu rap,” katanya kepada portal berkenaan.

“Susah untuk saya buat keputusan pada awalnya. Namun, selepas berbincang dengan ibu dan anggota Bimasakti pun menyokong, saya terima pelawaan mereka.

“Pada awalnya, mereka inginkan saya menyanyi dalam lagu itu tetapi kemudian dimaklumkan saya perlu menyanyikan rap,” katanya.

Baca artikel berkaitan : Haneesya Bakal Bergelar Penyanyi Pula

Jim yang mewakili Kumpulan Bimasakti turut memuji nyanyian Haneesya dalam lagu tersebut.

“Kami cuba nasib untuk memujuk Haneesya dan bila cuba buat, memang dia boleh melakukannya dengan baik.

“Proses rakaman pun tak makan masa lama iaitu sekitar dua kali sahaja,” kata Jim kepada media.

Mengejar Mimpi adalah karya ciptaan komposer Harris Yusoff dan liriknya oleh gitaris Bimasakti, Jim. Dengarkan lagu mereka di bawah

Bagi yang nak dengar lagu Mengejar Mimpi bolehlah tengok di Bawah:

Sumber Foto : IG Haneesya dan IG Bimasaktiband

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.