fbpx
Now Reading
Kutipan Filem Ejen Ali Sudah RM20 Juta, Tahniah!

Kutipan Filem Ejen Ali Sudah RM20 Juta, Tahniah!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah Ejen Ali The Movie! Filem Animasi tempatan yang diangkat dari siri televisyen popular semakin hari semakin menggegarkan.

Sebelum ini mereka berjaya memperoleh kutipan lebih RM1.8 juta pada hari pertama tayangan iaitu pada 28 November.

Terbaharu, siapa sangka, dalam dua minggu tayangan, kutipan mereka telah pun mencecah RM 20 Juta!

Wah bukan biasa biasa mereka ni.

Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation, filem ini berkisarkan Ali, seorang ejen berusia 12 tahun yang direkrut menjadi ejen penyiasat di agensi perisikan dikenali sebagai Meta Advance Tactical Agency (MATA).

Berkesinambungan dari rancangan series di TV, Ali yang ditugaskan untuk melindungi kota futuristik Cyberaya daripada ancaman luar, berdepan konflik apabila mendapat tahu dia bukan lagi satu-satunya ejen MATA yang boleh mengawal gajet IRIS atau nama penuhnya Infinity Retinal Intelligence System dengan ada nya IRIS Neo.

Dalam masa sama, seseorang individu misteri hadir ke dalam hidupnya mendakwa mengenali kisah hidup Ali. Dia kini terjebak dalam misi berisiko tinggi untuk merungkai misteri kisah hidupnya.

https://www.instagram.com/p/B593SrZl6L0/

Apa yang menariknya lagi, Ejen Ali The Movie turut mendapat perhatian dan pujian daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan filem animasi ini setanding dengan filem animasi antarabangsa yang menggunakan teknologi canggih. 

Buat mereka yang belum menonton filem ini, Ejen Ali The Movie masih ditayangkan di pawagam-pawagam berdekatan! Mari sokong filem tempatan!

Treler Ejen Ali :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.