Now Reading
Sharifah Amani Terkilan Video Dirakam Tanpa Kebenaran & Dijadikan Meme

Sharifah Amani Terkilan Video Dirakam Tanpa Kebenaran & Dijadikan Meme

Pelakon Sharifah Amani baru-baru ini melalui Twitter telah meluahkan rasa terkilannya apabila seorang individu yang tidak bertanggungjawab telah merakam video gelagatnya video tanpa kebenaran.

Yang lebih menyedihkan klip video berkenaan kemudian kemudian dikongsikan kepada umum sebelum tersebar dan kini di jadikan bahan lawak meme di laman Twitter.

“Ada sebuah video yang menunjukkan reaksi saya yang sedang terkejut kini tersebar di Twitter. Video itu diambil secara senyap tanpa kebenaran saya.

“Pada masa sekarang, saya rasa hal seperti ini agaknya sudah dianggap okay. Merakam orang tanpa kebenaran dan meletakkan apa sahaja kapsyen yang anda suka dan letak di media sosial. Terkilan,” tulisnya di Twitter.

Amani turut menambah yang tindakan tersebut dibuat hanya demi mengejar retweets adalah amat mengecewakan.

“Saya sentiasa okay untuk berjumpa dengan orang yang memang ikhlas suka dengan hasil kerja saya (malah jika dia) mahu bergambar atau mahu (merakam) momen bercakap dengan saya. Saya sentiasa berterima kasih dengan mereka.

“Namun, perangai paparazi palsu  ini sangat menyedihkanlah. Apa yang orang buat dengan banyak-banyak retweet. Kasihan,” ujarnya.

Sebelum ini trending di Twittter video memaparkan aksi amani sedang terkejut di hadapan sebuah kedai yang di jadikan meme.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.