fbpx

“Allah uji saya sekali lagi” – Anak Nora, Alif Johan Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B6Cto_RnBUB/https://www.instagram.com/p/B5uVO-4FWBT/

Baru 2 tahun kehilangan suaminya, komposer Johan Nawawi , terbaru Nora sekali lagi diuji apabila kehilangan anak keduanya nya Alif atau nama sebenarnya Muhamad Syakir Alif Johan di rumahnya di Petaling Jaya hari ini.

Nora menerusi video di Istagram menyampaikan berita mengejutkan tersebut kepada pengikutnya dan orang ramai

“ALLAH uji saya sekali lagi. Saya nak beritahu anak saya, Alif Johan baru saja menghembuskan nafas terakhir pagi tadi di rumah saya.

“Harap dapat kebumikan dia secepat mungkin hari ini. Mohon maafkan semua kesalahannya. Saya diuji lagi Allah, saya reda Allah,” katanya dalam video tersebut.

Dipetik dari Metro, difahamkan Nora menerima berita sedih itu ketika baru sahaja tiba di Singapura bagi menghadiri majlis perkahwinan rakannya sebelum bergegas mengambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur

Terdahulu, berita pemergian Muhammad Syakir disahkan pembantu peribadi Nora, Jaja.

Alif yang juga peserta top 20 Mentor Milenia 2019 namun tidak berjaya ke pusingan akhir . Agak mengesankan orang ramai apabila posting terakhir Alif di IG nya adalah lagu Salam Terakhir yang dinyanyikannya di satu pertandingan anjuran UITM yang diberi nama Clash Of Talents 2.

Takziah buat Nora sekeluarga dari kami. Semoga roh Alif dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para syuhada dan golongansolihin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.