fbpx
Now Reading
Hafreez, Zara Zya Putus Tunang

Hafreez, Zara Zya Putus Tunang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru dua bulan bertunang namun Hafreez akhirnya mengakui dia dan Zara Zya telah putus tunang sejak sebulan lalu.

“SELEPAS bertunang baru jumpa dua kali iaitu pada hari pertunangan dan pada malam Anugerah Skrin.

“Kami putus bukan sebab orang ketiga. Ia lebih kepada kami. Saya tak nak buka ruang tuding jari menyalahkan orang lain. Tidak mahu orang lain terbabit. Orang luar jangan spekulasi,” kata Hafreez lagi.

Baca artikel berkaitan: Hubungan Hafreez – Zara Zya Retak ?

Dipetik dari Metro, Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, keputusan yang diambil adalah yang terbaik buat mereka selepas tidak lagi melihat sebarang perkembangan positif dalam perhubungan tersebut.

“Sejujurnya, kami putus bulan lalu. Saya lambat maklumkan perkara ini pun sebab Zara minta diberi masa. Jadi, kelmari kami putuskan untuk bercakap secara rasmi perkara ini. Saya tidak mahu terus menipu.

”Kami tidak gaduh. Kami berpisah secara matang. Ada isu yang terjadi tetapi biarlah antara kami saja yang tahu. Saya jumpa dia dan berbincang.

“Saya cakap apa yang dirasa, begitu juga dengan dia. Selepas apa dilalui, saya berasakan perkara lebih rumit akan berlaku jika perhubungan ini diteruskan. Jadi, putus adalah jalan terbaik. Dalam masa sama, tak nampak hala tuju,” katanya lagi kepada portal berkenaan.

Hafrez juga menyatakan yang keluarganya sudahpun dimamklumkan sejak keputusan itu dibuat. Selain itu dia turut menghadiahkan cincin dan hantaran yang diberi sewaktu pertunangan mereka kepada Zara.

“Keluarga saya sudah tahu dari awal lagi. Mengenai cincin dan hantaran, saya hadiahkan terus padanya. Saya halalkan dan dia boleh simpan semuanya.

“Tipu kalau saya cakap tak ralat dan kecewa apabila putus. Sebab membabitkan air muka keluarga. Saya sayang dia. Saya bertunang dengan dia seminggu selepas arwah bapa meninggal.

“Apapun, kami anggap ini keputusan matang. Saya anggap bukan jodoh walaupun dulu yakin kami akan kahwin. Malah, sepatutnya masa bertunanang tempoh hari kami merancang nak kahwin terus. Ternyata ini dugaan yang Allah nak beri. Apabila terjadi, saya tahu ada hikmah,” katanya lagi.

Dipetik dari mStar, Hafreez bagaimanapun tidak menolak sekiranya ditakdirkan jodoh bersama Zara bertaut kembali.

Terdahulu Hafreez dan Zara yang mula berkenalan menerusi drama Mona Lisa mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu dan sepatutnya akan berkahwin pada 10 Oktober 2020.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.