fbpx
Now Reading
Dikatakan Bercinta Gara-gara Video Disuap Kek Oleh Idris Khan, Ini Jawapan Elizabeth Tan

Dikatakan Bercinta Gara-gara Video Disuap Kek Oleh Idris Khan, Ini Jawapan Elizabeth Tan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B6DOshwAizM/

Penyanyi popular, yang menjadi kegilaan ramai lelaki iaitu Elizabeth Tan atau dipanggil Lizzy, baru-baru berkongsi sebuah video bersama pelakon Idris Khan.

Namun video berkenaan membuatkan ramai peminat lelaki Lizzy patah hati apabila dalam video tersebut menunjukkan Idris menyuap mesra Lizzy dengan sepotong kek sempena hari lahir pelakon lelaki tersebut.

Idris atau nama sebenarnya Idris Khan Abdul Ghaffar Khan turut kelihatan bermain-main sewaktu menyuapkan Idris persis seorang lelaki menyuapkan kek kepada kekasihnya.

Lizzy turut meninggalkan kapsyen berbunyi : “Bila orang buat macam ni korang cute ke annoying ? ” Happy Birthday Idris!”

Di jengah ke runagan komen, ramai yang kelihatannya kecewa namun ada yang turut bertanyakan status pasangan berkenaan .

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen Lizzy menerangkan itu hanya lakonan sahaja kepada seorang pengikut.

“Dorang couple ke?” tanya wanita tersebut

“Berlakon je lerr hehe,” jawab Lizzy.

Sehingga kini, video berkenaan telah menerima lebih 600,000 tontonan dan hampir 2000 komen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.