fbpx
Now Reading
Elly Mazlein Bertunang

Elly Mazlein Bertunang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Elly Mazlein hari ini sah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad Azlan dalam satu majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur tengah hari ini.

Majlis gilang-gemilang itu disempurnakan oleh ibu Azlan, Zaiton Abdullah yang menyarungkan cincin di jari manis penyanyi yang mesra dipanggil kak Lina Pom Pom dengan pihak lelaki menghantar lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak wanita.

Dipetik dari Metro, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ketika ditemui meluahkan rasa syukur atas kelancaran majlis itu.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Jadi, saya rasa sangat bahagia dapat meraikan majlis pertunangan ini dan berkongsi rasa bahagia bersama keluarga serta rakan-rakan media,” katanya kepada portal berkenaan

Foto : Metro / Rosela Ismail

Elly bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi wajah tunangnya itu dan hanya akan berbuat demikian pada majlis berinai Januari akan datang.

“Dia bukanlah orang industri. Jadi, dia perlukan sedikit masa untuk biasakan diri. Saya pun dah mula mengajaknya ke majlis keramaian untuk biasakannya dengan orang industri.

“Insya-Allah, saya akan perkenalkannya kepada semua menjelang majlis berinai yang akan berlangsung Januari nanti,” katanya.

Majlis akad nikah mereka akan diadakan pada 17 Januari 2020. Selain itu dari bulan masa akan turut berlangsung majlis berinai, majlis resepsi serta majlis menyambut menantu di Kuala Krai, Kelantan.

Majlis pertunangan secara tertutup yang dihadiri 200 orang tetamu itu turut dihiburkan dengan persembahan Indah Ruhaila dan Siti Sarah . Difahamkan hari pertunangan ini juga sama dengan hari kelahiran Elly Mazlein jadi kami di Buzzkini mengucapkan selamat bertunang dan selamat hari lahir!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.