fbpx
Now Reading
Lisdawati Bersyukur Anak Sudah Pakai Tudung Dari Usia 10 Tahun

Lisdawati Bersyukur Anak Sudah Pakai Tudung Dari Usia 10 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B6F1OmgnPKm/

Pelakon Lisdawati menerusi Instagram baru-baru ini berkongsi rasa teruja dan terharu apabila anaknya, Farhana yang berumur 11 tahun menghadiahkan sebuah buku agama bertajuk Auratku Maruahku.

Hadiah tersebut diberikan sempena hari kelahiran pelakon berkenaan yang ke 41 tiga hari lalu.

Namun apa yang menarik perhatian ialah Lisdawati turut memberitahu yang Farhana juga sudah mempraktikkan diri bertudung atas kehendak sendiri sejak berusia 10 tahun

“Syukur Alhamdulillah, hidayah milik Allah SWT, bila anak sulung saya dah faham tentang maruah dan aurat. Usia 10 tahun dia dah minta untuk bertudung tanpa ada paksaan, makin jadi pemalu.

“Semoga semua anak-anak mama membesar jadi anak yang soleh dan solehah,” tulisnya sebagai kapsyen.

Dalam video tersebut dapat dilihat Lisdawati sedang menunjukkan buku itu kepada suaminya, pelakon Fauzi Nawawi.

Perkongsian itu mendapat perhatian pengikut Lisdawati di ruangan komen, rata-rata mereka memuji tentang cara didikan mereka terhadap anak-anak tidak kurang juga yang mengambil kesempatan mengucapan selamat hari lahir buat dirinya.

Terdahulu Lisdawati dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya, Muhammad Fazreez Hazwan dan Ahmad Nur Fayyadh.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.