fbpx
Now Reading
Zara Zya Nafi Putus Tunang Kerana Hubungan Sejenis

Zara Zya Nafi Putus Tunang Kerana Hubungan Sejenis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/tv/B6NyYnanrC6/?utm_source=ig_embed

Rasanya semua orang sudah tahu yang hubungan diantara Hafreez Adam dan Zara Zya sudah pun berakhir.

Tanpa sebarang tanda, tiba-tiba sahaja mereka mengumumkan perpisahan walhal pasangan ini baru sahaja sebulan melangsungkan majlis pertunangan.

Namun baru-baru ini, bertiup satu khabar angin di media sosial mengatakan bahawa punca sebenar keretakan hubungan pasangan itu adalah disebabkan orang ketiga. 

Dikatakan Zara Zya sebenarnya mempunyai hubungan cinta lain dengan pasangan sejenis. 

Hmm??

Semua gara-gara sebuah video yang tular di media sosial yang memaparkan mesej perbualan mesra Zara Zya dengan seorang wanita lain; yang difahamkan diviralkan oleh kawan wanitanya itu sendiri.

Cuba meredakan khabar angin , Zara tampil menjelaskan bahawa semua itu hanyalah salah faham dan dia hanya berkawan baik dengan wanita berkenaan malah  Zara juga menegaskan bahawa gosip liar yang mendakwanya putus dengan Hafreez adalah kerana kehadiran orang ketiga itu adalah tidak berasas .

zara zya

Saya dan wanita itu cuma kawan baik. Video mesej yang tular itu sekadar komunikasi antara kawan.

Sumpah perkara itu bukan puncanya. Kami cuma berkawan. Paling penting, saya bukan ke arah itu (hubungan sejenis)… Orang lain pun mesti pernah menghantar mesej sayang dengan kawan perempuan kan? – Zara Zya

Zara sendiri sebenarnya bingung kenapa rakannya itu mendedahkan mesej perbualan mereka. Zara juga menjelaskan bahawa dia sudah meminta penjelasan daripada rakan baiknya itu namun masih tidak pasti apakah motif disebaliknya.

Saat disoal mengenai cerita hangat tersebut, tunang Zara, Hafreez menolak dakwaan bahawa bekas tunangnya itu sebenarnya tidak ‘straight’.

“Video itu bukan punca kami putus, malah sepanjang mengenali Zara, dia sangat manja dan tidak pernah pula berkelakuan pelik” kata Hafreez.

Dia bagaimanapun enggan mengulas lanjut memandangkan dia tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan Zara.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.