fbpx
Now Reading
Tahniah! Aliff Syukri Selamat Timang Anak Kelima

Tahniah! Aliff Syukri Selamat Timang Anak Kelima

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri Datin Nur Shahida yang selamat menimang cahaya mata kelima sekitar jam 5.30 semalam

Berita gembira mengenai kelahiran bayi perempuan itu dikongsikan oleh Aliff menerusi Instagram miliknya.

Dalam masa sama, Shahida menerusi perkongsian di Insta Story turut meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran bayi kelimanya itu berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

Terdahulu Aliff melalui Instagram ada memuat naik perkongsian berserta status perkembangan isterinya yang sedang menunggu di dalam wad bersalin dan memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan isterinya untuk bersalin dipermudahkan.

Kami di Buzzkini mengucapkan tahniah kepada Aliff Syukri dan Nur Shahida atas kehadiran cahaya mata kelima mereka ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.