fbpx
Now Reading
“Done Fitting” – Fitting Baju Pengantin, Mira Filzah Bakal Berkahwin ?

“Done Fitting” – Fitting Baju Pengantin, Mira Filzah Bakal Berkahwin ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B6Z-9pOJfgp/

Baru-baru ini Mira Filzah menarik perhatian ramai apabila mendedahkan sedang berkenalan dengan seorang lelaki . Lelaki itu bagaimapun difahamkan bukan dari kalangan orang industri dan masih dirahsiakan identitinya.

Baca artikel berkaitan : Kami masih berkawan dan dalam proses mengenali.

Terbaru pelakon Mira Filzah dilihat memuat naik entri di Instastory sedang melakukan sesi fitting baju pengantin di sebuah butik pereka fesyen tempatan, Rico Rinaldi hari ini.

Kemas kini tersebut mencetuskan tanda tanya ramai adakah pelakon cantik itu bakal menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh terdekat.

“Done fitting,” tulis Mira sebagai kapsyen .

Dipetik dari Gempak, sebelumnya pengurus Mira menerusi Entrinya seolah-olah memberikan bayangan pelakon itu sudah bersedia untuk berumah tangga.

Sementara itu, pereka fesyen berkenaan Rico Rinaldi enggan mengulas lanjut mengenai kehadiran Mira di butiknya untuk sesi fitting baju pengantin hari ini.

“Saya ada bertanyakan Mira selepas melihat entri yang dimuat naik oleh pengurusnya seperti memberikan bayangan akan berkahwin tahun depan.

“Tetapi Mira hanya ketawa dan wajahnya kelihatan berseri-seri. Malu-malu kucing pun ada,” jelas Rico.


Dilihat di ruangan komen akaun Instagram pereka fesyen itu, netizen mula membuat spekulasi pelakon cantik kesayangan ramai itu sedang rancak membuat persiapan menjelang hari bahagianya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.