fbpx
Now Reading
“Pandangan Saya Patutnya Pilih Satu” – Mimifly Isu Dua Juara Gegar Vaganza

“Pandangan Saya Patutnya Pilih Satu” – Mimifly Isu Dua Juara Gegar Vaganza

Pertama kali dalam sejarah pertandingan nyanyian apabila dua peserta dinobatkan sebagai juara. Perkara ini bagaimanapunmendapat reksi yang pelbagai dari penonton dan peminat dunia hiburan, namun rata-ratanya bagai tidak berpuas hati.

Perkara ini turut dipersetujui oleh MimiFly dari One Nation Emcees, yang merasakan perkara ini bukan sahaja jarang berlaku malah menyifatkan keputusan ini ‘out of the box’

“Lazimnya memang tak pernah jadi dan saya selalu rasa kalau pertandingan itu akan ada juara dan tempat kedua .Tak kiralah pertandingan apa pun

“Ia jarang berlaku dan rasanya ini pertama kali saya masuk pertandingan dan ada dua pemenang. Tak kira lah pertandingan apa pun.

Foto : IG OneNationEmcees

“Nak kata setuju.. Pandangan saya patutnya pilih satu. Tak mungkin bagi saya yang mereka tidak boleh pertimbangkan hal lain untuk mendapatkan juara mutlak” kata Mimi secara jujur.

Dia bagaimanapun masih menghormati keputusan para juri professional yang lebih arip dalam membuat keputusan malah menyifatkannya sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.

“Akan tetapi saya sedar juga, ini adalah program realiti dan sudah tentu saya hormati keputusan malam final.

” Ia menjadi sesuatu yang ‘out of the box’. One menyertai GV dan kami sudah merasai pengalamannya.

Foto : Media Hiburan

One Nation Emcees juga turut berpuas hati dengan kedudukan di tempat kelima dan mereka sume positif dan gembira kerana persembahan berjalan seperti yang di harapkan.

“Cukuplah untuk ONE, tak adalah jangka untuk raih tempat pertama. Yang penting kami rasa bila buat persembahan tadi dah macam ‘champion’

“Bila diumumkan tempat kelima pun kami rasa kami sudah menang” ujar Mimi yang begitu optimis.

Sebagai rekod, GV 6 dimenangi secarai bersama oleh Naqiu Boboy dan Hady Mirza dengan masing masing mengumpul markah keseluruhan yang sama iaitu 87 peratus.

Mereka diadili juri professional iaitu ketua juri, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan juri jemputan iaitu pereka fesyen terkenal , Datuk Rizalman.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.