fbpx

“Maafkan Umi Tak Sedar Kehadiran Awak”- Ardell Aryana Umum Hamil 4 Bulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B6dGDvdnOXF/

Ardell Aryana baru-baru ini ada mengumumkan kehamilannya di Instagram selepas dikatakan mengalami muntah-muntah yang teruk. Namun selepas menemui doktor baru-baru difahamkan usia kandungan pelakon itu sebenarnya sudah mencecah empat bulan.
 
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, berkongsi perkara tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
 
“Alhamdulillah, rezeki tanpa saya sedar esok genap empat bulan usia ini dalam perut umi. Maafkan Umi tak sedar kehadiran awak.
 

“Tiba-tiba awak dah boleh gerak tendang-tendang je. Masya-Allah,” tulisnya sebagai kapsyen
 
Dalam entri yang sama isteri kepada Nadzmi Adhwa itu turut berkongsi rakaman video ujian imbasan ultra bunyi yang dilakukannya.

Perkongsian Ardell itu mendapat pelbagai renspons dari pengikut dan rakan selebriti. Namun rata-rata gembira dan mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut

Nadzmi Adhwa sebelum itu ada ada berkongsikan perkara yang sama mengenai kehamilan Ardell juga di Instagramnya.

Sebagai rekod, pasangan ini mendirikah rumah tangga selepas sekian lama bersahabat pada 1 september lalu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.